▌Abbas Samhuji ▌

Disclaimer

Assalamualaikum everyone.Welcome to my blog. Feel free to visit & follow here. Please do not copy or rip anything from here.
Abbas Samhuji


Facebook

Abbas Bin Samhuji

Create your badge
Navigations

Entries About Link Kitab ☻

Join Me ;D


Click?
­
Tagboard



Credits

Owner This Blog: ☻Abbas Samhuji☻
Template: Fatin Farzana
Abbas Samhuji
Edit: Fatin Farzana
Jam

Kuala Lumpur



Kelebihan Puasa 6 Hari Dibulan Syawal


Rasulullah S.A.W. bersabda: “Barang siapa berpuasa Ramadhan dan meneruskannya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, berarti dia telah berpuasa satu tahun..



Selamat Hari Raya Aidilfitri


assalammualaikum...
ada yang senyum , ada yang ketawa , dalam gelak tawa jangan buat-buat tak tahu , ada insan yang sedang bersedih . . . jangan main mercun sangat , tak pasal-pasal join bersedih sekali :P ,jangan lupa jugak kepada meraka yang telah kembali ke rahmatullah ,  jadi luangkan masa . . Al - Fatihah . . . sebenarnya saya menggangu menyemak sebab nak ucap Salam Aidilfitri kepada semua . . .Selamat Hari Raya Aidilfitri . .

Maksud Lailatul Qadar





Lailatul Qadar adalah malam diturunkannya al-Quran oleh Allah Ta'ala. Adapun tentang makna lailatul qadr, ada beberapa pendapat para ulama.

Pertama: maknanya adalah malam keputusan; atau malam penetapan. Dinamakan demikian karena pada malam itu Allah Ta'ala menetapkan perintah-Nya yang Dia kehendaki, yang berupa kematian, ajal, rezki dan lainnya sampai malam al-qadr tahun beriktunya. Ini pendapat Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa'id bin Jubair. 

Kedua: maknanya adalah malam kemuliaan. Dinamakan demikian karena keagungannya, dan kemuliaannya. Ini pendapat az-Zuhri dan lainnya. Ada juga yang mengatakan dinamakan demikian karena perbuatan-perbuatan ketaatan pada malam itu memiliki nilai yang agung dan pahala yang banyak. Abu Bakar al-Warraq berkata: "Dinamakan demikian karena orang yang tidak punya kemuliaan dan keutamaan akan mendapatkannya, jika dia menghidupkan malam tersebut." Ada juga yang mengatakan dinamakan demikian karena pada malam itu Allah Ta'ala menurunkan Kitab (al-Quran) yang memiliki kemuliaan, kepada Rasul (Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam) yang memiliki kemuliaan. Pendapat lain menyatakan, karena pada malam itu para malaikat yang memiliki kemuliaan dan kepentingan turun ke bumi. Pendapat lain menyatakan, karena pada malam itu Allah Ta'ala menurunkan kebaikan, berkah dan ampunan.

Ketiga: maknanya adalah malam yang sempit. Dinamakan demikian karena pada malam itu bumi sesak/sempit dengan para malaikat. Ini dinyatakan oleh al-Khalil. 

(Lihat semua keterangan di atas dalam Tafsir al-Qurthuby surat al-Qadr).





Zakat Fitrah Dan Takbir


Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu.Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.


3 amalan yang tidak terputus pahalanya

Allah S.W.T telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka kepada mereka yang mengkufuri perintahNya. Segala amalan kita didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih di terima Allah S.W.T sebagai pahala kita di akhirat nanti walaupun kita sudah meninggalkan dunia. Amalan-amalan tersebut adalah:

  1. Amal jariyah (sedekah terkekalan).
  2. Ilmu yang bermanfaat.
  3. Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.

Rukun islam ada 5 perkara...

  1. Mengucap dua kalimah syahadat.
  2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
  3. Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan.
  4. Menunaikan zakat.
  5. Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) bagi mereka yang mampu.

Rukun Iman ada 6 perkara

  1. Beriman kepada Allah S.W.T
  2. Beriman kepada Malaikat-malaikat
  3. Beriman kepada Kitab-kitab
  4. Beriman kepada Rasul-rasul
  5. Beriman kepada Hari Kiamat
  6. Beriman kepada Qada dan Qadar